~ oLen ~

~ oLen ~

foLLowers

Thursday 26 May 2016

c u r a n g ?


Assalamualaikum..

Khamis dah, kejap je masa berlalu..tgh duduk2 tgk tv terpanggil pulak hati nak entry pasal kecurangan, ermm satu masalah yg biasa kita dengar dan biasa kita rasa.. oklah, entry kali ini pasal curang..tipu kalau korg tidak pernah hadap masalah mcm ini, even aku sendiri pernah melaluinya..tapi itu sebelum berkahwin la, aku harap lepas berkahwin ni tak ada la masalah begini..boleh semak kepala memikirkannya..

Terasa nak entry pasal curang ni bila sahabat baik aku baru2 ni tengah menghadap masalah suaminya curang, tak pasti benar dia curang atau sekadar bosan2 nak chat dgn perempuan lain..tapi bila tgk screenshot chat yang dia bagi nampak dua2 melayan... kita sedia faham kalau dua2 pihak melayan mesti menjadi.. aku tidak pasti apa sebabnya suami sahabat aku tu bertindak mcm tu, bukan skali sudah byk kali mereka ni bermasalah..dari cerita..suaminya mengungkit yg dia bukan la isteri yg baik, tidak mahu cuci baju kerja..Allahu rasanya benda kecil dan boleh bertolak ansur..maaflah sahabat ku bukan niat hendak membuka aib mu cuma hendak meluah sedikit rasa hati sebagai sahabat baik mu, aku rasa masalah mcm tu boleh diselesaikan, bukan anggap diriku baik tapi disebabkan dua2 panas baran dan tidak boleh dibawa berunding terjadi la masalah mcm ni..wallahualam hmm..

Minta dijauhkan lah benda2 mcm ni..kita berkahwin kalau boleh sekali seumur hidup even ada masalah sekali pon kita bincang la sebaiknya. Perceraian bukan jalan terbaik utk kamu berdua, masih lagi belum terlambat utk kamu berdua berbincang pasal masalah ini.

Utk sahabat ku, bertabahlah yea..kau kena kuat utk hadap dugaan ini, segala nasihat dan luahan hati mu akan ku jadikan tauladan..aku berharap kamu berdua menemui jalan yg terbaik utk selesaikan masalah ini..doa yg baik2 sahaja yea sahabat ku.. InshaAllah semuanya akan selesai, Amin..

sahabat mu, oLen..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...